Saturday 11 May 2013

SAMA DAN LAIN..


bila masa muda2 dulu, masa nak bercinta monyet 
mesti wajib ada PERSAMAAN dalam cari pasangan monyet...

"eh, kita sama la suka mkn ni'
"awak pon suka tengok ni jugak?"
"bestnya kita banyak suka/makan/buat/tempat/hobi/lagu/berak kat toilet, yg sama la.."

INGAT TAK?

ada yg cakap mcm ni pulak..

"aku pelik dengan sikap manusia. macam-macam perangai"

HELLO!!!
PERSAMAAN = SAMA
banyak suka benda sama = BORING.

common things is things are COMMON..
LAIN-LAIN, baru best..
baru  layan..

contoh la ek..
TH x suka naik roller coaster. aku suka gila weyh..
one day pergi genting, puas aku pujuk dia naik, hampeh xnak..
last aku naik seorang.. dia syok kat bawah tengok aku jerit2..
maknanya, dia seronok tengok aku tengah seronok.

pergi kedai makan order lain2, baru la boleh rasa dia punya, dia rasa aku punya.

VARIETIES...
LAIN-LAIN..

macam-macam perangai..


dia banyak cakap, situ pendiam, sana ketawa macam hantu, sini tersipu malu.. hikhik...

aku jalan laju, dia suka mencarut, sana peramah, situ sombong. 


LAIN.

dia tinggi, situ pendek, sana kurus, sini gemuk,
kau cun, dia banyak jerawat, aku kulit coklat, sana seksi.

LAIN..

orang tak sama. manusia tak sama. perangai tak sama.
jangan anggap semua sama.


sekali lagi..

SAMA = BORING.
LAIN- LAIN = UNIK.


kalu semua sama kurus,
mana orang yang comel montel?

kalu semua banyak cakap,
siapa nak dengar?

see what i mean..

VARIETIES..

LAIN-LAIN buat kita unik. 

siapa kita nak jadi?

kita nak jadi siapa?

apa kita nak jadi?

kita nak jadi apa?

soalan nampak sama tapi lain makna..

FAHAM?

kita perlukan orang sombong,
supaya kita boleh beringat kita jangan jadi macam dia.

kita perlukan orang kaya,
supaya kita berusaha jadi macam dia.

kita perlukan orang kurang bernasib baik,
supaya kita bersyukur dengan apa yang ada.

kita perlukan orang garang,
supaya kita takut nak buat sesuatu tak elok.

kita perlukan orang malas,
supaya kita dapat lempang dia tanya kenapa kau malas?
hehehe.. (jangan kau buat pulak)


jadi,
terima orang apa yang ada.
jangan paksa apa yang dia tak suka.

ingat!

lain orang, lain perangai.
LAIN perangai, baru best..
lain persamaan, baru unik..


INGAT lagi...

PERSAMAAN = BORING

jadi siapa2 yang nk cari jodoh tu, cari yang kurang banyak SAMA.
baru kahwin ada adventure sikit... =P

tapi kalu dah jodoh, boleh je...

jangan cakap aku ni menyimpang ajaran pulak.


ps: boleh ja kalu SAMA banyak. tak salah tau..

















Monday 25 March 2013

zaman hingusan part II

Assalamualaikum...



cer teka sape kt gambaq tu? yg pkai baju biru bendera thailand sawadikap mkn siakap tiga rasa? 
sape?
sape?


no, no, no bukan TH msa belom sunat dia.. 
nope, its not my brother.. wat pe nak tulis pasai dia. wat abih dakwat ai ja.. hekhek...
nah, its not saif masa depan la dey....

its MEEE.. hahahahahhaha.. caya x? caya x? mesti x caya kn yg tu adalah aku. kalu x salah dlm umoq 10-11 kot.. handsome kn i? hikhik

ya, dulu aku mcm lelaki.. kalu org yg x kenal aku mmg dh ingt aku ni lelaki. mana tak nya, kawan ngan bdk laki-laki. main msa ptg2 pon ngan diaorg.. kawan perempuan aku sorg tu ja la, yg kt dalam gmbaq. tu pon dia a bit princessy la. bukan dia x nak main kotoq2, tp jarang la. so aku je la yg main segala mcm permainan yg popular msa zaman aku ni. 

-main nyorok2
-main kejaq2
-main baling selipar
-main baling tin
-lastik cicak masa malam jumaat(tp hakikatnya aku takut kat cicak
 sampai la ni)
-mandi hujan
-mandi air banjir
-mandi sungai
-main guli
-main tenteng
-main basikal (skali ngan aksi2 dia)
-main rondes
-main masak2 (x kira jantina main bnda ni) 

ahh, bnyk lagi la game yg ktorg main. bukan siang2 ja, malam2 pon boleh bantai main lagi..

masa tu kt kawasan rumah aku best, kawasan dia lapang. banyak ruang. nak lari pon best, nak nyorok pon best. skang ni hampeh betol. nak pusing kete pon dua tiga kali depan belakang. benci aku ngan org yg wat rumah kondo tinggi2 mewah2 tp aku x boleh nak beli sbb rege dia peeehhh.. terkinja-kinja melampau mahal..

aku mmg suka main smua game yg aku tulis td.. rindu gila aku nk main semua tu. skang ni main lain saja la... hehehehhehhe.. bukan la, otak biru betoi. i mean main bahan2 yg dihasilkan teknologi ja skang ni.. 

bila #campakbelakang balik kisah2 aku mmg priceless.. segala parut ada kat lutut, siku, dagu aku ada cita dia. yg parut kt pipi kanan aku x boleh lupa.. 

kejadiannya begini.. masa ni aku umoq nam tahun nak masuk tujuh. aku ada basikal, bapak aku dapat dari org kot. biasa la basikal org bg, mmg bukan baru la jawab dia, brek xde. tp aku puas ati ngan basikal ni sbb aku xyah bersusah payah nk pinjam org lain punya. kalu dia nak bg, dia bg pinjam. kalu x ada je alasan. time2 aku nk pinjam la, dan2 la time tu nak berak, nak kencing, mak panggil.. 

dah dapat basikal, aku apa lagi. merempit la ngan basikal aku. pusing sana, sini. ambik angin.. my gerpren aku bawak. bonceng kt belakang.. 
satu hari, kitaorg g kedai. kawasan rumah aku ni bawah bukit, kedai atas bukit. nak pergi kedai tu aku tolak basikal, mana larat naik bukit tu, tinggi ooo.. sampai kedai, dapat barang yg nk beli. time nak balik ni la aku x sabar2 nak turun. yela, first time gua kot nak turun bukit ni naik basikal. selalu aku naik separuh je slalu turun balik.. cuak siak... kawan aku x berani nak ikut naik, dia turun dulu jalan kaki. smpai je dia kat kaki bukit, aku kat atas bukit jerit kat dia dengan nada terror aku..

  ME: DIDI, tepi. aku nak turun ni. tepi2, nnti kena kau..
DIDI: LEHA, jangan nanti kau jatuh.. 
  ME: tepi, aku nak turun ni.. (sambil tangan aku isyarat kn dia 
    suruh tepi)

aku pon turun dengan perasaan nervous, best gila angin bnyk. pstu dengan kelam kabut aku letak kaki aku kat tayar depan untuk jadikan brek yg cool pada masa itu. tapi semua sia2, kaki kiut kecilku x dapat nak melawan tayar yg bergerak laju..

DIDI: LEHAAAAAAAA......

KETEPRENGGGGGGGG.. guess what happen next?

aku jatuh, pipi kanan aku yg gebu licin terseret 2 meter. basikal ntah kemana. yg aku ingat aku dah landing atas batu.. didi yg tadi hnya jerit2 cepat2 dapat kn aku... dia pon apa lagi, bebel la. 

DIDI: haa, aku dah cakap td jangan. kn dah jatuh.. 
  ME: huhuhuhuhu... sakittttttt... huhuhuhuhuh... sakitt di...
DIDI: cepat2 bangun.. eee, kesiannya kau ni... dah2 jangan nanes.
  ME: di, aku takut nak balik rumah, nnt mak aku marah..
DIDI: xmarah la. kau dah jatuh darah2 ni.
  ME: huhuhuhuhuhu xnak, takut...

dalam aku tgh sakit2 ni, ada 2 orang lelaki naik moto lalu sebelah aku. dia cakap mcm ni "ha, jatuh, jatuh.. padan muka"
cehh, aku ingt berhenti nak bagi duit ke kt aku, bagi coki2 ke, x pon bagi basikal baru ke. ni ada ke patut dia cakap mcm tu? x patut btol hang ni..

aku di papah oleh Didi pergi rumah.. dalam ati aku berharap sgt mak aku xda dlm rumah.. sampi rumah mmg mak aku xda. huh, lega.. aku nak masuk ikut pintu belakang konon xnak sape tau luka dikaki, padahal luka kat pipi bulat je, siap darah meleleh.. sebelum sempat aku masuk, kakak aku ada da.. dia tau abis bising rumah.. kebetulan mak aku balik, abis laaa dalam ati aku.. tapi maak aku bukan marah, tapi bising je sambil tangan sapu ubat segala macam.. 


tapi nasib baik luka kat pipi tu cepat baik, cepat ilang parut dia. kalu x mmg smpai skang ada.. 

masuk je darjah 1 budak2 lain semua heran ngan tanda kat pipi aku. akun kelentong diaorg yg tnya "kena mercun roket, kawan aku hala kat aku mercun tu" gempak sikit.. hahahahahhahahaha


ps: abaikan jerawat, tgk tanda aku bulat kan. tu la dia kenangan aku.. hehehehe...


THANKIUTS....

Wednesday 20 March 2013

simple wife rules...

Assalamualaikum.....

mungkin entry kali ini ada macam ke-poyo-an sikit. kalu mcm baca separuh, x suka ade TANDA X besar kat ujung atas kanan ok.. (*ahhh terlampau poyo kau ni leha*) 

u know what, i just cant stand with wives yg treat husband dia mcm ape2 ntah.. bukan la aku disini nak cakap yg aku ni perfect wife tp ini kisah gembala kambing hal dunia tak ambik pusing, walau poket selalu kering, hatinya....... eh, ape aku taip ni? tiba2 tringat pulak kat lagu ni.. hehehehehehhe.... back to story, kisah org sekeliling aku yg treat husband dia.. dan kisah ni juga untuk aku jadikan iktibar untuk aku yg serba kekurangan.

ade perempuan ni, dah kawen( la ofcoz la dah kawen, kalu x, xkan status dia wife) hihiihih.... sape namanya atau mana kerjanya xpayah la aku tulis disini. nnt di bomb pulak rumahku.. just call her 1 la. (aku bubuh number je, so xde la org assume nama dia itu, ini kalu aku bubuh huruf) 1 dah ade anak satu. nak kata baik, baik la jugak. nak kata jahat perangai, x. tapi yg jahat mulut dia.. x kira siapa, mak ka,bapak ka,laki ka,abg ka,adik ka, kawan apetah lagi. main nak pakai lepas je nyah.. menci ai tau...


so, once upon a time there was a girl named rapunzel. cute as ZALEHA SUEB... hahahahhahahah... bukan2..

so, satu ari tu, husbnd dia lambat jemput 1 ni. dia call, hubby dia x jawab. call lagi x jawab. call lagi hp hubby dia mati.. last2 hubby dia jawab. bukannya salam ataupun hello yang mahupun hai babyyyy... tapi

hey ko kat mana haa? xtau ke aku dah lama tunggu ko? babik betol.. blaaa..... blaaa... blaaa.. x sedar ke diri tu tumpang rumah org? bla... bla.. aku penat2 keje, ko tdo je kat rumah... xtau aku penat ke ha?

YA ALLAH

kot ye pon penat, x moo la cakap macam tuh...

esoknya, aku lepak lagi dengan 1. dia boleh g cite kat kawan2 yg lepak skali ni.. dia ckp itu la, ini la. tumbuk laki dia la, laki dia tumbuk balik la. dah mcm WWE aku dgr.. -..-.
pastu mcm bangga je nada dia bercerita. mcm ade contest storytelling. aku bukan apa, hang punya laki hang punya suka la. lantak p la hang.

tp perlu ke nak di war-war kan? perlu ke berbangga setelah dibabik-babik kan syurganya itu? perlu ke org lain tau? thats a questions, but the biggest question is DO YOU THINK I FREAKING WANNA KNOW HOW YOU TREAT YOUR HUSBAND?

tu kisah 1.

ni kisah 2. kita panggil dia 2 je, ok. ok, pndai uollss... hekhek..

someone i know jugak la.. husband dia handsome, dia pon ok la.. maybe dia takut hubby dia lari kot so dia treat hubby dia mcm ni.. kadang2 dia suruh cuci kain, jemur kain, lipat kain, kemas rumah, tukar pampers anak, mandikan anak. kadang2 dia bagi somethng kat hubby dia tolak pakai kaki je.depan orang ramai.suruh2 laki dia pun depan org ramai.sometimes depan in laws dia.. dia hanya kangkang saja. syg, buat ini, buat itu.. sampai mak hubby dia tegur pn xnk dengar.. aku type kadang2, tp senanya selalu..

so wives out there including me, specially me and i. please respect la your husband. you heaven under his foot kot.. kalu nak marah ke, nak bebel ke, nak belasah ke, nak rogol ke, hapa ke kat your husband buat la kat rumah where only u and him. not even in front of your or his makbapakadikberadik naik sampan tegolek. ahak.. kesian dia , jatuh air muka dia sangat2. malu dia. dia suppose to be leader u, ok... just keep it to yourself..


ps: aku dah cakap. aku bukan perfect wife, bukan jugak perfect mum, perfect daughter or daughter in lawa.. eh salah, daughter in law. senang cakap aku tak PERFECT. aku pun ada bnyak salah dan silap dan kurang jugak kat TH. but i just keep it to myself. if TH mcm meng-geram-kan aku. pon keep it to myself, only let ALLAH knows.. im not even tell my mom or in laws. malu kot nak bg tau kat dioarg. kn?

pss: to 1 and 2. if u r happen to read this, forgive me from head to toe. aku nak cakap depan2 nanti, tarik muka pulak bertahun-tahun ngan aku. kalu tarik muka je xpe. kalu tarik tudung aku tiap kali jumpa, ha mcm mn? malu jek..

psss: keep on learning how to be a good, loyal, obey wife. not perfect one. coz nobody perfect maaaa... but if your hubby says 'syg, thanks for be my wife. u r the perfect wife evaaaa' then u r.. trust me, whatever compliment come out from your husband  can make u happy all day long even whole week.. ngeh ngeh..

pssss: these story i just wrote is reminder to my self. a nasihat to myself. now my syurga is bawah TH punya kaki yg 'wangi'.. what if aku yg macam tu? whaf if i never get a chance to ask forgiveness from TH? adakah syurga itu masih bagi ku? dapat kah aku bersamanya di jannah yg kami impikan waktu pertama kali aku disentuh oleh TH? 

Oh ALLAH, berilah aku kekuatan untuk melawan segala bisikkan syaitan yang hanya menyesatkan aku. yang hanya akan menjauhkan bau syurga dari ku.. amin..



psssss: I LOVE U TO INFINITY AND BEYOND TH...




yeah!!!!



THANKIUTS...

Friday 15 March 2013

gaduh dengan matcha.... ciss, abis hilang keayuan ku..

Assalamualaikum...

u know, something had happened to me last night.. but i'm fine, thank u... hehehhe... its not worst but pretty bad..
aku jenis org yg hmm, mcm mn nk cakap ek? ok la, senang aku tulis mcm ni je...

-suka menganjing
-bila org menganjing aku asal x lebih batas, xpe aku ok..
-suka bergurau
-lawak bodoh slalu je ada
-bila marah aku akan kaw2
-tp selagi boleh tahan, aku tahan.
-tp kalu x, tangan aku angkat, brang akan terbang
-mulut jd bisa..
-tapi tgk jugak ape bnda yg buat aku marah tu.

so semalam mmg aku gone crazy.. muka cute jadi huuuhhh aku pun xnak tgk kalu ade org rakam gambar aku.. seram ooo... takut ii...
hahah.. sebab seorg mamat ni dah mencabar singa dalam diri aku.. (poyopo) dan singa tu terkezut lalu berlari berkejaran.. (papaya lagi) hakhak...

parking kat tmpt keje aku ade dua. satu atas satu bawah. yg kat atas, hnya touchngo dan parking ticket je blh guna season card x boleh, kat bawah both can. so my sister ni baru first time dtg parking atas dan dia teruja nak guna season card.. (tipu je). dia xtau yg parking kat atas ni x boleh guna season card. so dia guna la season card, tapi sebelum dia nak scan card tu, guard yg jaga situ ambik dulu season card my sis. pastu dia scan ofcoz la xboleh. i think dia pun  baru keje jugak. kalau dah lama, dia mesti tau xboleh guna season card... pstu dah x boleh, dia kuar kan pulak parking ticket patu bagi kt kakk aku season card je, parking ticket dia x bg. so masa nak keluar la, aku sangkut.. masa ni la aku nak berak pulak... hahahahah (tipu lagi) bukan2, msa ni la aku ngan matcha ni gaduh.. mamat ni dia keje sebagai maintenance utk parking. kalu ade org sangkut ke, mesin ticket 2 rosak ke. tu semua keje dia..

tapi aku bukan nak cerita keje dia, nama dia ke. aku nak cite mcm mn dia layan aku.. so guard yg tolong aku ni, pun pggil la parking staff ni. dia dtg kat aku then tnya


mmt:APA U PUNYA MASALAH?
aku:*dengan senyum dan say hi lagi* td my sister naik atas ni, tp dia pakai season card ni.

hampa nak tau dia cakap pa?

mmt:U JANGAN TIPU I, MASUK SINI MN BOLEH PAKAI SEASON CARD.(sambil jerit, ckp kasaq.)
sis:tak, tak, tak.. tadi i nak masuk sni.......
mmt:U JANGAN TIPU I, U PUNYA TIKET SUDAH HILANG U CAKAP U MASUK SINI PAKAI INI CARD.(sambil tangan mcm tadah tapi gerak2 kuat)
sis:bukan, u dengar dlu.....
mmt:U JANGAN TIPU LA, ITU MESIN MANA BOLEH BCA INI CARD KALU MAU MASUK SINI.
aku:hey, u listen to her first la, let her finish her story..(masa ni aku dlm kete lagi. oh, ade aku ckp x kalu aku marah english aku power.. bahahhahahha. tapi ini betul)
mmt:OK CAKAP.
sis: tadi masa i nk masuk sni, i xtau yg nk masuk sini x boleh pkai season card. i xpernah masuk sini. tu guard ambik ini card nak scan, tapi x boleh scan. dia kuarkan tiket, pastu dia bagi i season card, parking ticket dia x bg..
mmt: HEY MN BOLEH ITU MACAM. U JANGAN TIPU..

aku pun apa lagi, elok2 ayu je dlm kete bertukaq ijau keluar kete. sambil buka pntu kete kuat2, kena lutut dia. namun sempat juga ku ucap kan sorry..

aku: HEY U X BOLEH CAKAP ELOK2 KE? U INGT KITA NI APA? 
mmt: I MAU CALL I PUNYA SUPERVISOR.
aku: U KALU X SUKA KERJA MALAM, U X BOLEH F**KNG U PUNYA WIFE INI MALAM U CAKAP SAMA U PUNYA BOSS LA, XPAYAH MARAH2 ORG LAIN>>
mmt: SAPE CKP I X SUKA KEJE MALAM(sambil dekat kat aku).
aku: U BOLEH PIKIR X MACAM MANA DIA MASUK? DIA TERBANG KAH? LOMPAT KAH?
mmt:YA LA SY TAU. XPA LA SY CEK DULU.

(dlm ati aku masa ni, lagi sekali dia ckp U TIPU, lebam biji mata kau aku buat, nasib dia x ckp)

aku masuk kete sambil kumat kamit baca mantera beradu eh bukan, tp mantera mencarut.. xpayah la kutuliskan disni apa yg aku carut kan.. malu i yg ayu lagi sopan dan kiut ni.. hehehek

dalam 5 mnt jugak la aku tunggu, dia p cek. aku jenis x sabaq bab2 mcm ni. aku g dekat guard post yg kakak aku masuk td..
kakak aku yg turun, 5 mnt kengdian dia masuk kete cakap guard 2 dah buang parking card td. pastu dia kuarkn tiket baru tp guna besi besar utk scan konon ade kete. 

aku g balik kat post guard utk kluar pnya(tempat ni pelik sikit, plaza dia punya la besaq, parking lot dia pun besar, tempat masuk ade 2, tmpat kuar ade 1 je). pastu mmt tu tnya..

mmt: U PERGI MN?
aku: SY PERGI ITU GUARD LA, MAU TNYA SY PUNYA CARD MN.
mmt: u pnya season card td mmg ade masuk sini. tp ini semua itu guard punya salah. ini orang semua kayu punya. dia kasi u ini tiket baru kn? mn boleh buat ini macam. u tau ka, berapa bnyk saya kena tanggung ini kayu punya kerja. itu longkang sna berapa bnyk tiket2 kayu2 ini buang.sy rugi u tau..(time ni baru dia ckp slow2, aku rasa otak dia baru berfungsi)

aku:oo, u cakap awal2 la. mn sy tau. skang apa mcm?
mmt: u td masuk 10.30 kn? u bayar rm2.50.
aku: apasal pulak?
mmt:yala, u td masuk pkai tiket kn? u kena bayar la kalu u mau kluar. lepas ni i bg u satu surat u isi i mau u repot itu guard.
aku: then i should report about u jugak la. about how rude r u..
mmt: *diam*
aku: xapa la, esok i buat surat i hntr sama u pnya boss.
mmt: xblh2, eosk u x dtg pulak.
aku: i kerja sini sja, ajidon. u dtg jumpa i sna pn bleh. itu ketua guard i kenal. u x puas ati lagi u dtg jumpa i ajidon.. tiap2 ari i ada sni.. (poyopo lagi dtg melanda terlamapu bnnnykkk) hahahahhaha..

then, dia bukak palang guard 2, aku kluar sambil menjeling.

then pagi td aku nk g buat report, rupanya ade org saksikn kejadian semalam. dia tnya aku kenap, aku cite la balik. rupa2nya mamat ni kaki mabuk time tgh malam, pstu kalu ade kete sangkut mmg dia mcm 2, smpai bawak moto nak langgar kete org..
cisss kau mamat.. puihh.. kerja betul2 la.



             U JANGAN MAIN2 CHA, I KASI U TUMBUK I NNTI..

panjang berjela nyah i tulis.. ini semua matcha mabuk punya pasal...

SEKIAN...

THANKIUTS....

Wednesday 13 March 2013

aku dan tol

Assalamualaikum..

hari ni baru aku perasan yg aku slalu tulis atau type blog time2 mcm ni.. time2 senjakala mcm  ni..  atau omputih ckp twilight... oh, mungkinkah aku seorg vampire.. atau Mrs. Cullen yg sebenar? hikhik...  -..-

ari ni aku nak cite pasal pepatah mematah omputih ni.. pernah dengaq x what goes around comes around... ya, kawan2 aku pernah dengaq aku cakap mende ni kat kawan aku, liza.. adelah somethng mende yg dia buat, 2 yg aku ckp mcm 2.. xkn dia x buat ape2 tiba2 aku ckp mcm 2.. gilakah aku? *ya, mungkin sedikit, tapi bukan gila, tapi mengong*.. ahh, monolog dalaman ni sibuk saja mau menjawap.. tapi bukan liza mahupun somethng itu mau aku ceritakan  kali ini, tapi aku dan tol. nama pun ade tol, mesti ade kereta kn. nma pun ade kereta, msti ade driver.. nma pun ade driver, mesti ade perasaan.. yela, kan manusia yg drive..

aku seorg jenis manusia jahat mulut dan panas baran dan bawak laju dan emmm kiut kot.. *terima kasih*.. heheh.. aku seorg pengguna smart tag yg tegar.. benda dah senang kn, nk p susah kn diri 2 awat? beratoq pnjang, belakang lori gabak2.. huii, takut tau nyah...dah pakai smart tag mmg keje nk laju je la aku ni.  so, smart tag la jadi teman setia aku number 2 selain pekerja dalam kete.. 

jadi, kalu ade kereta lain depan aku sangkut kat lorng smart tag.. abis semua pahala aku convert ke dosa.., yela, msti aku maki punya.. lagi2, kalu kereta kat depan 2 nak reverse belakang, aku pun mesti kena reverse pastu kereta blakang aku ni x paham2 nak reverse jugak.. lagi double maki aku keluar kan.. abis segala menatang aku sebut.. bodoh bangang apatah lagi.. lagi2 kalu aku nampak kat screen 2 tulis BAKI TIDAK MENCUKUPI, lagi la mendidih darah aku..panas wa derr.. 

kalu x salah aku, ari isnin baru2 ni ade kereta kancil depan aku masuk lorong smart tag. Pastu balance smart tag dia x cukup.. wa tengah laju pulak 2, nasib x cium bontot dia.. aku maki lebih kurang macam ni:

*bodoh betol, tadi xnak cek ade berapa balance.. bengong, menyusahkan org, bla... bla... babik.... blaaa blaa...*
somethng like that.. jahat kan mulut i nyah.. aku pun xtau kenapa sifat jameelah (uwekkk) aku berubah menjadi sifat jamban tiba2 kalu aku drive kereta.. tiba2 je.. aku rasa kan kereta aku ni ade hantu kot, kalu aku masuk kereta dia masuk dalam badan aku. ala2 kena rasuk gittew.. 
*hatok hang kereta ade hantu, hang la hantu dalam kereta tu, kena rasuk konon, puih*
ciss, monolog ni lebih pulak. ngade ye bdk ni, babap kang...

jadi, ALLAH bayar cash kt aku hari ni.. aku lupa nak topup touch n go smalam.aku pakai cantik2 ari ni(uweek lagi skali).lupa nak cek balance pagi ni.masuk kereta start enjin, bawak laju menuju lorong smart tag.confident angkat smart tag nak scan. tit tit tit.baca kat screen BAKI TIDAK MENCUKUPI.kereta belakang laju nasib x kiss bontot kereta aku.aku nampak dia angkat tangan sambil mulut kumat kamit,maki aku le tu.

nasib baik ade org jaga situ tengah nak melintas, so cepat sikit la dia smpai kat aku..jadi aku malu xdela bnyk sgt...

dan sekarang aku tau ape perasaan org yg sangkut kat smart tag.. ish ish ishk.. sedihnya daku bila dah kena.. 

ni la org melyu ckp hukum karma. omputih ckp what goes around comes around. 
lepas ni kalu ade kereta kat depan aku sangkut, aku akan cakap mcm ni je:
kesian dia, lupa nak topup.. kesiannya.. kesian sgt... ngeee....
atau..
ok xpe, battery dia dh abis kot.. driver dia dah makan abis semua battery.
atau..
ape pon x boleh...
kn? dari mencaruit? 

oleh kerana malu sgt, aku letak gambaq separuh je.. 

ambik lobang idongku ini...


sekian..

THANKIUTS...